SEJARAH SEKOLAH

        Sekolah Kebangsaan Kuala Salong ditubuhkan pada tahun 40-an. Sekolah ini pada mulanya mempunyai seorang guru yang dilantik oleh penduduk kampung iaitu En. Ampakat Ungkil. Menurut orang kampung, sekolah ini ditubuhkan hasil daripada usaha Ketua-ketua Kampung.

            Pada mulanya, murid-murid yang tinggal di seberang sungai terpaksa menaiki sampan untuk sampai ke sekolah. Walaubagaimanapun, sebuah jambatan telah dibina pada tahun 1980-an untuk menghubungkan sekolah dengan kampung-kampung di seberang sungai. Sekolah ini diberi nama SK. Kuala Salong sempena dengan nama sungai salong.

0 comments: