Mary Yap mahu 'amalan terbaik dahulu' dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah
03/06/2013 9:31pm
KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Datuk Mary Yap mencadangkan 'amalan terbaik dahulu', termasuk mengutamakan aspek tatabahasa digabungkan dalam kaedah pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah.
Beliau menegaskan wujud keperluan untuk mengembalikan semula amalan terbaik dahulu yang telah terbukti berjaya, untuk meningkatkan standard Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.
Katanya Kementerian Pendidikan sedar mengenai isu Bahasa Inggeris, yang sering dibahaskan di media, terutamanya keputusan kurang memberangsangkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Sebab itu kenapa Kementerian Pendidikan serius dalam mencari kaedah dan cara untuk menangani isu itu selaras dengan program transformasi kerajaan.
"Saya sedar terdapat amalan terbaik dahulu yang jelas bermanfaat dan efektif untuk mengalakkan penerimaan positif dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Saya cadangkan amalan terbaik di masa lalu seperti Hari Bahasa Inggeris, Minggu Bahasa Inggeris atau Bulan Bahasa Inggeris diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai pendidikan daerah serta menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada pengetua sekolah menengah yang dinaikkan daripada gred DG52 kepada DG54 di Rumah Persekutuan di Sembulan, dekat sini hari ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_37.htm#ixzz2VW0cqOFA
Hakcipta terpelihara
0 comments: