PROGRAM KLINIK LINUS 2013
TARIKH - 23 JULAI 2013
TEMPAT - dewan terbuka SKKS
ANJURAN BERSAMA - pegawai FasiLINUS PPD Nabawan
OBJEKTIF PROGRAM
- program klinik LINUS bertujuan untuk -
- menambahkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa mengenai peranan mereka terhadap pembelajaran anak-anak di rumah
- mengadakan perkongsian ilmu dan pendapat berkaitan bidang pendidikan anak-anak terhadap guru, ibubapa, dan murid
- mengeratkan hubungan silaturahim di antara ibu bpa dan guru-guru
- meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran di sekolah dan di rumah
SASARAN
- semua murid LINUS dan ibu bapa
galeri gambar - klik di sini
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 4 2013
Nantikan highlight KOT ke 4 yang akan dimuat naik dalam masa terdekat =)
updated-
Galleri KOT ke-4 - klik di sini
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Guru Malaysia - 1 Aspirasi, 1 Agenda
Latarbelakang
Tarikh penerimaan cadangan-cadangan Laporan jawatankuasa Pelajaran (Laporan Razak ) sebagai dasar pelajaran Negara oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu( Legislatif Council Malaya ) pada 16 Mei 1956 telah diabadikan sebagai tarikh sambutan perayaan Hari Guru. Semenjak tahun 1972 perayaan Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi pemangkin kearah kehebatan negara . Disamping itu kecekapan guru pula akan dapat memastikan pembangunan modal insan yang cemerlang dan disegani mampu melonjakkan imej negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Objektif
· Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak kearah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal , rohani dan emosi.
· Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik , ibubapa dan pelajar disekolah ini kearah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan.
· Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan kearah meningkatkan kesejahteraan hidup di masa hadapan bukan sahaja dari segi kebendaan bahkan juga dari segi moral dan keagamaan.
· Memeriahkan lagi sambutan Pesta Kaamatan pada tahun 2012.
AJK Pengelola
Penaung : En Anam Rambu ( YDP PIBG )
Penasihat : En Joseph C. Kunjan ( Guru Besar )
Pengerusi : En Felix Anak Kurang ( GPK Ko Kurikulum )
N. Pengerusi 1 : En Antan Anginsor ( GPK Kurikulum )
N. Pengerusi 2 : En Dulamit Buntong (GPK HEM)
Setiausaha : En Severinus Mantan
Bendahari : En Rudy Kilip
AJK : Semua Guru & AKS
AJK Kerja
Jemputan : En Felix Kurang
Buku Program : Cik Christina Phoa
Persiapan Tempat : En Baalon Bulingkas (Ketua)
: Pekerja Pembersihan Swasta
Hiasan Pentas : Pn Jessica Ampaon
: Pn Lorinna Risit
: Pn Emawati Paris
: Pn Martina Jaimis
: Cik Norhazwani
: Pn Rosnah Jaratil
Backdrop : Cik Christina Phoa
: Pn Suzie Melsa Welfred
Teknikal & PA System : En Cornelius Maidin
Juruacara : En Juhari Nor Badrun (Penyelaras)
Adik Lynn Mielcye Masary
Adik Mohd. Azmi Mali
Dokumentasi : En Severinus Mantan
Pengurus Kek : En Rudy Kilip
Persembahan Murid : En Mohd. Hanis
: Ustaz Awang Khairulrasyid
Pn Jessica Ampaon
: Pn Martina Jaimis
: Cik Norhazwani Sainin
: Pn Suzie Melsa Welfred
Jamuan : En Atak Paling
Bacaan Doa : Ustaz Awang Khairulrasyid
Persembahan Guru : En Juhari Nor Badrun (Lelaki)
: Pn Lorinna Risit (Wanita)
Keselamatan : Pengawal Keselamatan Sekolah
Kebersihan : Semua Pekerja Pembersihan Swasta
Penyelaras Senamrobik : Pn Jessica Ampaon
Penyelaras Sukaneka : En Severinus Mantan
Penyelaras Pertandingan Kad Ucapan : En Dulamit Buntong
Penyelaras Sambutan Hari Guru : En Felix Kurang
Penyelaras Pertandingan Badminton : En Rudy Kilip
gambar kenangan semasa sambutan hari guru
untuk melihat snapshot hari guru 2013, sila klik di sini
Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awa
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.
"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.
Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.
Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.
"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.
Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - BERNAMA
sumber- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibumumbayaranbantuankhaskewanganRM500kepadapenjawatawam/Article/?bh
Aidilfitri: Sekolah cuti awal
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sehingga tiga hari sempena Aidilfitri yang dijangka disambut 8 Ogos ini.
Bagi sekolah di negeri yang hujung minggunya Jumaat dan Sabtu boleh mula bercuti raya mulai Ahad, 4 Ogos, manakala sekolah di negeri yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad bermula Isnin, 5 Ogos.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya dimaklumkan pegawai Kementerian Pendidikan mengenai cuti tambahan itu, tiga hari lalu.
Katanya, NUTP membuat permohonan bertulis kepada kementerian selepas menerima pandangan ibu bapa dan sekolah yang menyarankan supaya sekolah dibenarkan bercuti lebih awal.
“Bagaimanapun, sekolah perlu membuat permohonan untuk mengambil cuti berganti kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing dan hari persekolahan berganti diputuskan atas pertimbangan jabatan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Notis pemberitahuan
Yim Pheng berkata, notis pemberitahuan mengenai cuti berganti yang ditandatanganinya dipaparkan dalam laman web NUTP bagi memudahkan pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa merancang cuti hari raya.
NUTP dalam surat kepada semua pengerusi dan setiausaha cawangannya, kelmarin, turut memaklumkan Kementerian Pendidikan tidak akan mengeluarkan surat pekeliling mengenainya.
Surat itu turut menyebut, semua sekolah diminta memohon kebenaran cuti sekolah berganti daripada JPN masing-masing berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 menurut Ruj.KP/PPM/7(13) bertarikh 9 Ogos 2012.
NUTP turut memaparkan pautan rujukan di alamat http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2012 /1344567047.pdf pada laman webnya.
artikel asal - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Aidilfitri_Sekolahcutiawal/Article
Program Guru Kecil ku
pelajar dalam kumpulan masing-masing
guru-guru kecil bersama dengan rakan-rakan mereka
Program ini telah dijalankan di tahun 2 kelas Bahasa Inggeris. Pada kelas-kelas sebelum ini, hanya 2 orang guru kecil yang dilantik. Namun begitu, berikutan masalah membaca di kalangan murid-murid sehingga menghadapi kesukaran untuk lulus Band 1 Bahasa Inggeris yang lebih memfokuskan kepada membaca, program guru kecilku telah diperkenalkan.
13 orang murid yang telah lulus ujian membaca telah dilantik sebagai guru kecil. Setiap seorang akan mendapat 2 orang rakan untuk dibimbing. Pelajar dibawah bimbingan akan diuji oleh guru selepas guru kecil memastikan rakannya telah menguasai pembacaan yang diberikan.
Bagi pelajar yang telah berjaya melepasi ujian yang diberikan, mereka turut akan dilantik untuk menjadi guru kecil dan membantu guru-guru kecil yang telah dilantik sebelum ini, sehinggalah seorang guru kecil akan membimbing hanya seorang rakan.
DAPATAN PROGRAM
- kerjasama dan sambutan daripada murid-murid amat memberangsangkan dan di luar jangkaan. guru-guru kecil bertungkus-lumus untuk membimbing rakan-rakan mereka.
daripada rekod murid lulus B1DB2E1 Bahasa Inggeris,
16 orang lulus (sebelum program bermula)
32 orang lulus (selepas program)
-5 orang pelajar masih belum menguasai sepenuhnya namun menunjukkan peningkatan daripada jumlah perkataan yang berjaya dikuasai
-3 orang tidak hadir.
*semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua =)
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2013
CUEPACS Minta Bonus Mega
CUEPACS Minta Bonus Mega
July 9, 2013
PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.
“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.
Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.
“Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.
CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.
Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.
Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA
- Utusan Malaysia
TEKNIK PENGURUSAN DISPLIN PELAJAR
Pengurusan kes displin pelajar - dibawa khas oleh guru displin SKKS..
muka-muka pelajar famous SKKS
sesi berdamai...
PEMANSUHAN DSP: TUAH UNTUK GURU-GURU KSSR
Sukacita dimaklumkan bahawa mulai tahun 2014, Dokumen Standard Prestasi (DSP) tidak lagi digunakan secara berasingan dengan Dokumen Standard Kurikulum (DSK). Pentaksiran akan menjadi lebih mudah dengan penghasilan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi (DSKP).
Untuk Matematik Tahun 4 misalnya, terdapat 18 topik. Bermaksud, guru-guru hanya perlu menanda ke dalam sistem HANYA SEBANYAK 18 KALI.
Bererti, DSKP ini akan mula digunakan untuk Tahun 4 pada tahun 2014. Pada tahun 2015 untuk tahun 4 & 5, manakala tahun 2016 untuk tahun 4, 5 & 6. Bermula pada tahun 2017, barulah DSKP ini akan mula digunakan dari tahun 1.
Nantikan maklumat lanjut mengenai DSKP ini daripada JU di daerah anda masing-masing.
NOTA SISIPAN: JU Matematik dan Sains Negeri Sabah menjadi kumpulan pertama yang menerima maklumat ''fresh-from-oven'' ini daripada pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, iaitu pihak yang bertanggungjawab menghasilkan DSKP. Bukan lagi Lembaga Peperiksaan seperti sebelum ini. Dokumen Standard Prestasi sebelum ini masih boleh digunakan sebagai rujukan.
Untuk Matematik Tahun 4 misalnya, terdapat 18 topik. Bermaksud, guru-guru hanya perlu menanda ke dalam sistem HANYA SEBANYAK 18 KALI.
Bererti, DSKP ini akan mula digunakan untuk Tahun 4 pada tahun 2014. Pada tahun 2015 untuk tahun 4 & 5, manakala tahun 2016 untuk tahun 4, 5 & 6. Bermula pada tahun 2017, barulah DSKP ini akan mula digunakan dari tahun 1.
Nantikan maklumat lanjut mengenai DSKP ini daripada JU di daerah anda masing-masing.
NOTA SISIPAN: JU Matematik dan Sains Negeri Sabah menjadi kumpulan pertama yang menerima maklumat ''fresh-from-oven'' ini daripada pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, iaitu pihak yang bertanggungjawab menghasilkan DSKP. Bukan lagi Lembaga Peperiksaan seperti sebelum ini. Dokumen Standard Prestasi sebelum ini masih boleh digunakan sebagai rujukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pengumuman / Peristiwa
About Me
Powered by Blogger.
PAUTAN
Labels
Blog Archive
-
▼
2013
(55)
-
▼
July
(13)
- PRA PERCUBAAN UPSR
- PROGRAM KLINIK LINUS 2013
- KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 4 2013
- SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
- Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kep...
- Aidilfitri: Sekolah cuti awal
- Program Guru Kecil ku
- JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2013
- CUEPACS Minta Bonus Mega
- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA WARGA...
- TEKNIK PENGURUSAN DISPLIN PELAJAR
- PEMANSUHAN DSP: TUAH UNTUK GURU-GURU KSSR
-
▼
July
(13)
Menu
Blog Archive
-
▼
2013
(55)
-
▼
July
(13)
- PRA PERCUBAAN UPSR
- PROGRAM KLINIK LINUS 2013
- KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 4 2013
- SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
- Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kep...
- Aidilfitri: Sekolah cuti awal
- Program Guru Kecil ku
- JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2013
- CUEPACS Minta Bonus Mega
- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA WARGA...
- TEKNIK PENGURUSAN DISPLIN PELAJAR
- PEMANSUHAN DSP: TUAH UNTUK GURU-GURU KSSR
-
▼
July
(13)
0 comments: