Program Guru Kecil ku
pelajar dalam kumpulan masing-masing
guru-guru kecil bersama dengan rakan-rakan mereka
Program ini telah dijalankan di tahun 2 kelas Bahasa Inggeris. Pada kelas-kelas sebelum ini, hanya 2 orang guru kecil yang dilantik. Namun begitu, berikutan masalah membaca di kalangan murid-murid sehingga menghadapi kesukaran untuk lulus Band 1 Bahasa Inggeris yang lebih memfokuskan kepada membaca, program guru kecilku telah diperkenalkan.
13 orang murid yang telah lulus ujian membaca telah dilantik sebagai guru kecil. Setiap seorang akan mendapat 2 orang rakan untuk dibimbing. Pelajar dibawah bimbingan akan diuji oleh guru selepas guru kecil memastikan rakannya telah menguasai pembacaan yang diberikan.
Bagi pelajar yang telah berjaya melepasi ujian yang diberikan, mereka turut akan dilantik untuk menjadi guru kecil dan membantu guru-guru kecil yang telah dilantik sebelum ini, sehinggalah seorang guru kecil akan membimbing hanya seorang rakan.
DAPATAN PROGRAM
- kerjasama dan sambutan daripada murid-murid amat memberangsangkan dan di luar jangkaan. guru-guru kecil bertungkus-lumus untuk membimbing rakan-rakan mereka.
daripada rekod murid lulus B1DB2E1 Bahasa Inggeris,
16 orang lulus (sebelum program bermula)
32 orang lulus (selepas program)
-5 orang pelajar masih belum menguasai sepenuhnya namun menunjukkan peningkatan daripada jumlah perkataan yang berjaya dikuasai
-3 orang tidak hadir.
*semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua =)
0 comments: